Wednesday, February 25, 2009

Dunia Sempit

hmmm...kali ni kita bercerita tentang dunia.
masyarakat purba mengaitkan dunia sebagai sesuatu yang maha luas...
kita pula adalah makhluk yang bebas berjalan dan melakukan apa sahaja diatas dunia ini.

Apa sebenarnya dunia?

Semua orang didunia ini perlukan cinta...tapi apa itu cinta?
Cinta sesuatu yang indah bagi mereka yang sedang asyik bercinta...
Cinta juga boleh menjadi sesuatu yang pahit bagi sesetengah manusia...
Cinta juga adalah racun yang harus ditelan oleh semua orang...

Sebut soal cinta, ada satu cerita yang hendak dikongsikan bersama...

Apakah makna cinta sekiranya kita sering merana?
Apakah makna cinta sekiranya kita sering dianiaya?
Apakah makna cinta sekiranya kita tidak boleh bersuara?
Apakah makna cinta sekiranya kita sahaja terpaksa mengalah setiap masa?
Apakah makna cinta sekiranya kita terpaksa korbankan cinta kita untuk si dia?

Adakah itu cinta yang harus kita terima?
Adakah itu cinta yang kita mesti rela?

Sungguh sempit dunia kita ini kerana terpaksa menghadapi cinta yang begini...
kita memberi sepenuh harapan dan impian tanpa mengenal erti penat dan lelah hanya untuk menjadi terbaik untuk orang yang kita cinta...
tetapi yang sering terjadi adalah sebaliknya...

Kata orang, bila hati tak suka jangan dipaksa..begitulah juga dengan cinta.
segala apa janji dan ikatan yang terjalin bersama dialam cinta terus menjadi sejarah yang perlu dilupakan kerana hati sudah tidak wujud lagi perasaan sayang dan cinta...

Kadang kala susah untuk mengenal hati...
Semalam kata suka, hari ini bilang benci...
Semalam kata cinta, hari ini kata tak serasi...
hmmmm...susah nak kata kan?

Begitulah hakikat yang harus diterima...
biarlah cinta yang disemai lama..tapi hasil yang diharapkan tidak menjadi
malah benih pula dijadikan sebab kenapa tanaman tak membuahkan hasil...

Cubalah merayu domba sekalipun...sekelumit kuman takkan dilayan..
biarlah salah itu sekecil hama, tapi hukuman yang diterima tak tertanggung beban...
hukuman mutlak yang akan memberi parut kekal selama-lamanya....

Parut belum tentu boleh hilang...begitulah juga dengan kita.
parut luka boleh dipandang..parut dihati diri merana...

namun kini harapan tiada...tiada nampak oleh mata
hati menangis seorang saja..asal si dia terus bahagia..
walaupun jiwa jerit meronta...biarlah ia begitu saja..
mungkin ini penawar bahagia..buat si dia yang kita cinta....

Biarlah kita membawa diri...pergi jauh tanpa haluan..
bila tiba masanya nanti..kita kembali dengan harapan..

Tun Nila Utama
Kuala Lumpur

Tuesday, February 24, 2009

Terang Bulan...

Kata orang, "terangnya bulan..Cantik bukan"...

masyarakat kita mengaitkan bulan dengan wanita..kalau kita kaji filem P.Ramlee - Penarik Beca..Dalam satu babak di sebuah kawasan berbukit, Amran (P.Ramlee) sedang menyanyi sebuah lagu, dalam rangkap lagu itu berbunyi "Engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan..Hatiku dah kau tawan, hidupku tak keruan". itu rangkap dalam lagu Engkau Laksana Bulan..tapi kenapa dikaitkan Wanita dengan bulan? Pelik kan...

satu cerita hendak dikongsi bersama anda..
kuasa wanita dalam hidup setiap lelaki cukup kuat..kadang kala lelaki enggan mengakuinya..
jangan salahkan lelaki kerana itulah sifat lelaki dari azali lagi, mahu mengawal dan menjadi ketua kepada wanita. Ego lelaki memang tinggi, setinggi 7 petala langit, seluas 7 lautan benua, setebal 7 lapis bumi..tetapi kelemahan yang ada pada lelaki adalah didalam setiap diri wanita yang dikenalinya..para wanita-wanita semua, awas !! anda adalah penawar yang paling berkesan dan anda juga adalah racun yang amat membunuh bagi setiap lelaki..

Kenapa boleh jadi begitu ?
lelaki dianugerahkan 99 akal untuk berfikir dan 1 nafsu untuk dikawal. Sedangkan wanita diberi 99 nafsu untuk dikawal dan 1 akal untuk berfikir..jika difikirkan akal, macam mana lelaki yang mempunyai 1 nafsu hendak mengawal 99 nafsu wanita..berat bukan ? dari situlah datangnya akal yang diberi kepada lelaki untuk mengawal wanita..tetapi sayang, 99 akal itu kebanyakkan lelaki tak tahu bagaimana nak menggunakannya, kerana lelaki lebih suka menggunakan 1 nafsu yang diberi kepadanya untuk mengawal wanita..wanita pula, menggunakan akal yang 1 ini untuk mengawal lelaki kerana wanita tahu bagaimana untuk memuaskan 99 nafsu mereka dengan menggunakan 1 akal...

Jadi..dari mana datangnya cinta ?
Cinta datang dari suka..
Mana datang suka ?
Suka datang dari rupa..
Mana datang rupa ?
Rupa datang dari jiwa..
Nana datang jiwa ?
Tepuk dada tanyalah selera...

Ada banyak jenis cinta...
1) Cinta suka-suka
2) Suka-suka nak bercinta
3) Cinta kerana terpaksa
4) Tiba-tiba je rasa cinta
5) Cinta kerana cinta
Anda dalam golongan mana ?

Mereka yang bercinta adalah golongan manusia bodoh..kenapa ?
kerana bila mereka bercinta...
1) Mereka lupa dunia
2) Mereka lupa kerja
3) Mereka lupa Saudara
4) Mereka lupa segalanya
dan yang paling bahaya, mereka lupa siapa diri mereka...

Ada juga golongan di kalangan kaum wanita yang masih mengamalkan pepatah lama...
"takkan perigi cari timba".. persoalanya ialah ;
- Masih wujudkah lagi perigi di dunia hutan batu dan berangin debu...
- Masih adakah lagi perigi yang menunggu timba...masalahnya? berapa banyak timba yang ada didalam dunia maya ini ? yang banyak berkeliaran diluar sana adalah perigi..peliknya, macam mana perigi boleh banyak? siapa yang gali perigi..timba ke?
- Masih menjadi persoalan ialah, siapa sebenarnya perigi dan siapa sebenarnya timba ? kerana kedua - duanya bersifat bulat dan berlubang di tengah..sifat ini lebih menjurus kepada wanita..
pelik juga peribahasa dulu..langsung takde sifat perigi atau timba yang menyamai lelaki..hmmm siapa agaknya yang karang peribahasa itu?...ntah lah..

Masih nak guna peribahasa "takkan perigi cari timba" hmmmmm...

Berbalik pada bulan..
cantik ke bulan tu ? rasanya bulan sendiri tak tahu yang dia tu cantik..
kita sahaja yang kata bulan cantik sedangkan bulan diatas diam membisu...

Kenapa nak capai bulan ? jauh beribu batu di alam semesta...
lebih baik capai impian dari bulan..
kalau tak tercapai impian sekalipun, sekurang-kurangnya kita dah mencuba dan berusaha dari mencapai bulan yang belum tentu tercapai di akal kita...

Masih lagi kata bulan itu cantik ? kesian bulan sebab dia tak tahu pun dia cantik sebenarnya...

Tun Nila Utama
Kuala Lumpur




Monday, February 23, 2009

MANUSIA LUPA...

Manusia memang lupa pada asalnya..
lupa pada masa silam, lupa pada masa kini dan terus lupa pada masa hadapan.

Kenapa boleh lupa ?
kerana menjadi satu lumrah dalam diri manusia untuk melupakan apa sahaja yang berlaku dalam hidup mereka..
sebagai contoh misalnya, manusia suka pada kecantikan, kesempurnaan dan kebaikan.  tetapi bila segala yang disukai itu mengalami sedikit kecacatan, manusia ini terus lupa pada kecantikan, kesempurnaan dan kebaikan yang pernah dikecapi sebelum ini.  inilah lumrah dan sikap manusia yang tidak mahu menerima sesuatu kebaikan dan keburukan seseorang..

Memang senang untuk melupakan sesuatu, tetapi adakah senang untuk terus melupakan sesuatu itu... senang ke ? sekiranya senang untuk terus melupakan sesuatu itu, ternyata bahawa manusia itu bukan manusia kerana sifat manusia adalah rapuh dan jahil..

Semenjak lahir, manusia diajar untuk menilai sesuatu yang buruk dan yang baik, bagaimana untuk menilai keburukan dan kebaikan bergantung kepada ilmu dan pengalaman yang ada pada setiap manusia.  kadang kala ada manusia yang tidak tahu langsung apa itu buruk dan apa itu baik...kadang kala manusia tahu itu adalah baik dan itu adalah buruk tapi masih teruskan dengan apa yang dilakukan.. bila sesuatu sudah berlaku, jawapan lazim sering diungkapkan bagi setiap manusia iaitu "Dah takdir, nak buat macam mana ?".  jawapan yang beginikah kita sebagai manusia harus ungkapkan setiap masa... salahkan takdir pada setiap perkara yang berlaku seperti takdir itu kejam dan tidak berhati perut. memang benar takdir itu telah ditetapkan tetapi kita diberi peluang untuk mengubah takdir itu. bagaimana nak ubahnya? persoalan ini harus kita tanya pada diri kita sendiri sebagai manusia..

Manusia diberi akal dan ilmu, gunakanlah ilmu itu sebagai batu pengukur untuk pertimbangan kita dan akal yang dianugerahkan oleh tuhan digunakan sebaik-baiknya.. jangan kerana mengikut nafsu dan pertimbangan yang tidak berasas kita memperjudikan takdir dan masa depan kearah yang kita sendiri kurang pasti..

Perkara yang kita harus ingat ialah...
1) apa yang kita nampak itu bukan apa yang kita mahu...
2) kebaikan yang kita rasai itu bukan apa yang kita suka...
3) kebencian yang kita tanam itu bukan apa yang kita minta...
4) cinta yang kita semai itu bukan apa yang kita harapkan...
5) kebahagian yang kita kecapi itu bukan apa yang kita idamkan...
6) pilihan yang kita sendiri pilih itu bukan apa yang kita inginkan... 
semua 6 perkara ini adalah benar sekiranya kita tanya pada diri kita semula..

Dalam hidup kita sebagai manusia juga kita harus tahu untuk menilai manusia yang lain..
1) Tidak semestinya kita rapat dengan seseorang perlu menjadi teman hidup sehingga mati..
2) Tidak semestinya kita benci dengan seseorang perlu menjadi musuh sehingga mati...
3) Tidak semestinya kita tidak mencintai seseorang terus tidak mencintai sehingga mati..
4) Tidak semestinya kita suka dan cinta pada seseorang perlu berakhir dengan perkahwinan...

Walaupun begitu, manusia tetap akan lupa dengan semua ini..lupa dan terus lupa seterusnya lalai dan terus lalai dengan dunia manusia itu sendiri sehingga manusia itu tersedar dari mimpi yang sebenarnya apa yang telah manusia ini lakukan adalah satu kesilapan.  Dan pada masa itu, manusia itu akan menyesal sendiri dan akan berkata "Sudah takdir aku, nak buat macam mana"

Hmmmm....masih lagi nak salahkan takdir? Manusia lupa....kesian manusia itu. 

Tun Nila Utama
Kuala Lumpur