Tuesday, September 27, 2011

KISAH HJ. BAKHIL...


Siapa yang tak kenal dengan Hj Bakhil lakonan Seniman Udo Omar. tentunya kita masih ingat dengan kata-katanya yang cukup popular dalam filem lakonannya iaitu "Sekali aku lesingggg, baru kau tahu".

Tetapi kali ini kita bukan nak bercerita tentang Hj Bakhil dalam filem Labu Labi
atau Seniman Udo Omar. Kita nak bercerita tentang masyarakat melayu kita
yang sememangnya kedekut dan bakhil yang sudah menjadi darah daging dan
kebiasaan bagi orang-orang melayu hari ini.

Hari-hari kita dimomokkan dengan kempen dan kapsul yang menunjukkan kemuliaan,sifat yang baik hati,budi bahasa dan tolong menolong terutamanya orang-orang melayu. Betul ke? wujud atau tidak sifat-sifat itu semua ???

Kalau betul ada wujud sifat-sifat tu semua;
kenapa masih ramai lagi orang melayu yang mengemis?
kenapa masih ramai lagi orang melayu yang tidak berpelajaran?
kenapa masih ramai lagi orang melayu yang suka membuang masa di kedai kopi dan melepak? kenapa masih ramai lagi orang melayu yang menghisap dadah?
kenapa masih ramai lagi orang melayu tidak bersatu ?
kenapa masih ramai lagi orang melayu yang busuk hati dan berhasad dengki dengan sesama bangsanya?
Dan kenapa orang melayu susah sangat nak menderma dan membantu bangsanya sendiri?

Bila fikirkan semua pertanyaan kenapa itu semula...Rasanya watak fantasi Hj Bakhil dalam filem Labu Labi tidaklah teruk sangat dengan dunia realiti sebenar sebab watak Hj Bakhil itu cuma kedekut dan bakhil dalam hal ehwal kewangan sahaja berbanding dengan watak realiti sebenar orang melayu yang hidup dan wujud di bumi Malaysia yang sememangnya kedekut dan bakhil dalam segala hal. Rasa-rasanya,kalau Hj Bakhil ni wujud di dunia sebenar kita, mahu mengangis dia sebab ramai lagi yang bakhil dari dia sebenarnya....










No comments: